Wednesday, May 6, 2015

Kayap...

Kayap???

Kenapa tajuk ni ??? hehe..
gara2 abang kena kayap la ni...

hari tu after mama mandikan abg.. terkejut kat dada abang ada bintik2..
mama ingat ruam.. pakaikan sabun dan letak ubat...

petangnyer sempat lagi bawa abang berjalan ke klang..
hehehe.. pekena teh kata papa..

esoknya.. bermula la hari ini dlm sejarah.. hahaha
amik ko.. kesan tu menjalar pula ke tempat lain.. bintik2..
apa lagi.. mama ni tak puas ati.. suruh papa bawa gi klinik ..

tapi masa pula selalu cemburu..
dari sehari ke sahari.. ada aja hal ..
tup2 dah start bintik2 dan ada gelumbong bagai..
adoii.. nak pitam mama ni papaaaaaa..
meh la antar abang gi klinikkk... huwaaaa

last.. rabu berjaya bawa abang ke klinik..
ingatkan pagi2 gi dapat tempat pertama(huhu..cam peperiksaan lak kan.. tempat pertama)..
sampai klinik.. daaaaaaaaaaahhh.. punyer la ramai org yg sakit..

pi la minum sat sambil menanti giliran..
masa tgh minum tu, ada la sorang lelaki tegur mama.. dia cakap siabang ni kena campak kak..
iye la dik.. ni nak bawa klinik la ni..

kat klinik pula.. beramah mesra pula ngan pesakit lain..
menurutnya... ni kayap ni..
oitt.. pelik mama.. kayap?? tak pernah pula dengar camni rupanyer kayap..takper.. kite check nanti..
sempat juga dia cakap suruh letak tepung sagu..
mama pun tanya.. mana nak dapat tepung sagu..
dia cakap.. susah nak cari..selalunyer kat sarawak atau kelantan..
aaahh sudah... jauhnya abang oiii penawar nyer...

after jumpa doc, betulla doctor sahkan kayap... meh mama google kan kayap tu.. hehehe..amik dari google jer ye..

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.
Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
kayap depankayap belakang
Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini

so how??? ada paham.. hahahaha.. mama baru paham... sian abang mama...
napa la kena kat abang.. hu.huk..huk.
lepas baik, gatal pula.. sampai menangis abang garu2.. 
Opss... finally  dapat juga tepung sagu tuh.. mama minta tolong kawan mama dari sarawak belikan..
thanks yer prinda!!!.. tolong anak saya.. hehehe
siannn abanggggg mama...



No comments: