Sunday, May 31, 2020

Covid - 19



PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢 Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.. FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020 FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020 FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020 FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB) Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾 📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP 📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid. 📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung. 📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter 📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. 📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai. 📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup. 📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup. 📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan. 📍Taman permainan kanak-kanak ditutup. 📍Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan. 📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal. 📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan 📍Rak-rak di kedai menjadi kosong. 📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE. 📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting. 📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong. 📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. 📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar. 📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah. 📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga. 📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭 Kenapa saya copy paste status ini? Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang. Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain Sentiasa menyokong antara satu sama lain Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️ #CopyNPaste #ForMyReference #StayAtHome #DudukRumah #CoronaVirus #Covid19 #StaySafe #KitaPastiMenang #KitaJagaKita #SocialDistancing Copy & paste dari FB Rahmat Husin

Thursday, April 30, 2020

COVID-19 & PKP

Mama selalu berangan nak cuti lamaa.
nak duduk rehat lama2 kat rumah..
nak duduk main ngan kakak & abang
nak jadi surirumah tanggaaa...


Mana tahu.. tiba2 ada virus convid 19..
Bermula dari pengumuman dari PM bermulaaa dari 18/3.....
terussss 2 bulan duduk rumah..
mula2 fikir.. apa la nak buat ni...
hari pertama terus rajinnn..
buat macam2
hari kedua pun sama..
ada jer benda nak buat..
berpeluh2 buat keje rumah..

begitu la hari ketiga..keempat dan seterusnyaaa
sampai berubah la posisi bilik abang dan kakak.. hahaha

bermacam resepi di cuba..
 kuih onde2..
gula hanguss..

bermacam aneka makanan dapat buat..
palling bestt karamel puding..
sampai sekarang asyik buat sajaaaa..
hahaha

pakej buat kuih raya sekali..
dapat la buat 5 jenis kuih rayaaa..
hari ni dalam sejarahh bagaii..

mak & anak2 siap cakap " sepanjang mama kat rumah dapat makan sedap"

haha.. begitu nikmatnya dapat duduk di rumah..

tapi bukan hanya duduk..
mama keje dari rumah..
masa ni la pandai erti "work at home"

sepanjang pkp.. semua masak sendiri
apa yg anak & mak nak makan.. semua buat sendiri..
siap boleh bagi kat jiran..(mama pastikan mama sihat masa buat ye..ada jarak tu even bagi pada jiran.. bagi kat luar.. bila dah balik.. baru jiran keluar).. begitula penangan covid 19 ni..

sehinggala PM announce boleh pergi keje..
terus lemauu.. hahaha.. gara2 lama duk rumah.
mula la anak2 pesan macam2..
bayangkan laa.. 2 bulan tak makan luar...
asyik mama masakk..
first order adalah starbuck..
gituuuuuu... dannnn PKP Berlarutan sehingga raya..

mula la video watsap bagai...
hhmm.. perubahan baruuuu.. dalam 2020
apa punn.. raya tetap raya.. persedian tetap di lakkukann..
lupaa pula.. masa ni juga la beratur panjanggg yeeee....
first time nak pi mana2 beratur..
masuk kedai beratur.. masauk mall beratur.. masuk pasar beratur..
semua tempat beraturrr..

Persediaan raya PKP 2020..

memang dalam sejarah betulllll. kann

Thursday, March 5, 2020

CoN-1111..

Teruk jugaaa sekarang virus yg melanda satu duniaaa.
makin hari ada jer penambahan..
takut mama..

lately ni memang mama tak jalan2 sangat
takut..
hanya join aktiviti2 dekat ngan umh..

Baru2 ni juga kawasan rumah mama ada buat kuliah Perdana..
Mula2 rasa macam mls nak pergi..
tapi bila dengar dari atas.. cam seronok jer persiapan..

boleh tahan actually kuliahh ni..
Ustaz nya pun pandai ambil hati..
kelakar dlm kuliah yg diberi..
soo.. disana la mama dari pagii sampai 2 petang,,..

Petang pula.. ada bacaan yassin..
pun area rumah..
so jom la campur masyarakat kejapp kann
hhmm.. alhamdulillahh..
satu hari yg cukup bermakna bagi mama..
even tak dapat keluar jalan2
tapi byk ilmu dapat belajar...

Friday, February 21, 2020

Kehidupan

Dlm bulan ni saja ada dua berita kematian secara mengejut..
Apa yg buat mama terasa.. mama ikuti perjalanan dua2 arwah..

actually sampai sekarang masih terasa dengan pemergian mengejut mereka..
ditambah pula dengan tagmark.. perkataan / ungkapan org sekeliling... yg selalu inform berikan yang terbaek dikala kita masih hidup,. juga selalu sayang pasangan dan anak2 umpama hari terakhir anda..
terusss mama rasa lagi kecut..

ye la.. anak2 mama bukannya besar lagii..
dua2 masih kecil..
dua2 masih manja..
juga mama rasakan masih perlukan perhatian mama..

mama tak dapat bayangkan klu mama takada..
ishh.. taknak la bayangkann..
tak terbayang..
papa jugaaa..
memang mama selalu gaduh ngan papa..
ada jer mama tak puas hati ngan papa..
tapi klu papa takada.. mama pun terasa..

Semoga mama & papa sihat dan boleh memberi yg terbaek utk anak2 kami..
Kalau nak tarik salah sorang dari mama & papa..
biar la anak2 mama dah pandai berdirikari..
atau pun sudah mempunya kehidupan sendiri..
baru senang hati mama..

tapi persoalannyaa.. bolehkan mama sampai ke hari itu??


Saturday, February 15, 2020

Perancangan Family Day

Kalau ikutkan planning asal..
Family Day tahun ni pun kat Melaka..
Mama Serba salah nak join atau tak..
maklum la.. tahun ni kakak UPSR.

Pakcik & Makcik juga start mula survey kawasan..
dapat yg ok... tarikh yg diminta penuh..
dapat yg ok.. mahai pula..
finally.. still looking and looking..(opss.. speaking lak) haha
tapi takada kata putus lagiii..
Kesian bila pakcik call dan minta kata putus cepat..

Finally.. dengan salah sorang cadangan dari makcik mama..
mama terus google..
Alhamdulillah.. dapat tempat dan tarikh yg dikehendaki..

Terima kasih Yallah..
Terima Kasih memudahkan kerja Mama.

Untuk Family Mama..
See You on August 29/8..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, January 28, 2020

Sedih

Baru hati tu rasa nak terubat..
berlaku lagii..rajukk di hatii..


tak tahu apa nak buat dah fikir..
memang luka tak sempat nak sembuh.. datang kembali..
well.. we still move on and see wat the next step & action..
aminin..

Monday, January 27, 2020

Happy Chinese New Year 2020

Happy Chinese new year 2020!!

Mama decide tahun ni mama nak jalan dekat2
mls nak bertembung dengan jem
sooo.. kali ni decide nak pergi area cyber pula..
tak pernah sampai ke sanaa...

lagipun cuti kali ni tak lama..
dari jumaat sampai isnin..
hari jumaat.. mama temankan papa ke hospitall..
balik hospital.. terus ke SPA
Manjakan diri..

habis SPA.. terus mandi air panas di langatt..
dah lama mama tak mandi kat sana..

 keadaan kat situ pun dah berubah.
siap ada tempat duduk & tandas yg selesa..
sangat recommand nak gi..
balik mandii.. terus pekena soup kambing..
alamatnyaa.. mlm tu kepanasann.. hahahaha

done hari jumaat..
sabtu.. cam mama inform.. mama nak rehat tempat yg dekat saja..
kakak & abg tak tahu pun planning mama..
memang saja tak cakap...
kami bertolak dari rumah around 2.30..
sampai kat dash box cyber kol 3.30..
satu jam?? hahaha
ni semua gara2 papa..
sian makan.. jln2. baru ke hotelll..

alhamdulillah.. dapat hotel bawahh
semua senanggg...
parking depan bilikkk ketoo.. very the senangg..
 number bilik mama.. sangattt besttt bilik nih..
bahagian depann.. terus ke pool..
amik feel dulu.. hehehehehe
bila fikir balik.. lucky mama pilih bawahh..semua senang..
pool pun depan mata.. senang nak kesana..
klu kat atas..leceh nak turun tangga..
 bilik bawah sangattt baguss utk parent yg ada anak kecil..
senang nak pantau even dari dalam bilik..
 depan tu semua bilik.. memang pada mama sangatt baguss concept bilik dia..
 ni pun samaaa.. very the nearrr...
 ada laman jugaaa.. senang nak berkumpul..
 memang terbaekkk
boleh swimming sampai 930 mlm..

sangatt recommanded dan baguss DASH BOX CYBER..
GOOD JOB!!!