Tuesday, August 18, 2020

Kematian Itu Pasti

 Assalammualaikum..


Telah kembalinya adik sepupu yg baik Muhammad Amir Hakimi Bin Azmi ke rahmatullah pada penghulu hari Jumaat yang barakah.. tidak lambat & tidak cepat, tidak kira usia muda atau tua, tidak menunggu masa sihat atau sakit.. ini semua ketentuan illahi.. Innalillahiwainnailaihirojiun (copy n paste in Azmi Hassan FB)


Mama terasa sangat dengan pemergian Arwah Kimi... 

Arwah Kimi seorang yang pendiam... selalu tersenyum.. dan seorang anak/saudara/sepupu dan kawan yang baik.. betul la kata arwah abam bocey.. klu baik.. ramai yang sayang... 

Dari Hospital, rumah, masjid & dikawasan perkuburan.. ramai kawan2 arwah kimi..

Menangis dan semua nak menyempurnakan jenazah bersama2.. 

sejuk rasa hati .. 

Mama tak tahu macam mana nak handle hari keluarga tanpa arwah Kimi..

Arwah selalu menghadiri pertemuan keluarga.. mungkin kali ni terasa ketidakhadirannyaa..

Semoga Arwah ditempatkan  ditempatkan dikalangan orang beriman & soleh.. 


Al-Fatihah


Wednesday, July 29, 2020

Banjir Lagi...

Ntah berapa kali office ni banjirrrr..
sian kat bos mama..
asyik dok mop jerrr..

untung ada pengadang tu..
klu tak.. lagi teruk kot..
masuk dalam office..

 tgk.. dalam tak?
memang menakutkann..
even ada pengadang... dapat satu timba juga la air bila masuk kat office
apa lagi.. exercise la.. huhuhu

Monday, July 27, 2020

Accident Lagi.. Service di G Top Auto Sdn Bhd

Ni kali ke 2 kete persona mama kena langgar

first time kena langgar waktu parking..
mama tak perasann..
bila balik org office sebelah inform..
baru perasan..

kali ni motor pula langgar..
panik gila...
coz jalan jem.. macam mana boleh langgar..

Yang Langgar tu budak lak..
Adoii.. boleh ke tak claim..
nak marah.. tak sampai hatii..
nak tak nak buat report la dulu..

time report.. nasib ada runner kereta ni tolong..
dia inform mama.. boleh claim..
mama pula mls nak fikir panjang..
accept jer laa...

Mula2 mama risau juga ngan runner ni..
ialah.. dengar macam2 kann..
tapi mama tawakal jer laa..

alhamdulillah... runner ni memang baguss
mama panggil dia Abe (nama samaran kot)
dan dia recomand workshop yg bagus juga
tip toppp la
service cepat dan cantikkk
selain dari buat claim, workshop ni boleh juga buat macam2..
sangat recomanded
person yang layan mama pun tesangattt la baek...
sabar jugaa..
ye la.. faham2 jer la papa tu camno..
adoo jer tanya itu ini..
tapi person tu ok jer..
senyummmmmm.. tak marahh.. respect la mama..

harga pada mama pun ok..
tak la mahal sangat..
so klu ada apa2, yg rasa susah nak claim ke..
nak ketuk.. cat.. recomand sangat bengkel ni..
pada mama THE BEST.. hehehe

Sunday, July 12, 2020

Western Day !! Kampung Baru

Tekak utk Hari ni terasa nak makan westernnn..
soo .. mari kita cari apa yang adaaa..
haha..

nak makan kat serdang.. dah boring western kat sana..
cari area KL pula..

ehh.. papa ada idea.. jom makan kat western Kampung Baru..
ok... jom check in.. hahahahaha..

memang hari ni hari bertuah..
sampai kat sana.. kebetulan ada parking..
papa cakap nak cari parking kat sini tersangatlaaaaaaa susah..
alhamdulillah.. dapat pula parking..

ni la kedainyaaa..
macam dalam kapal pun boleh juga ..
ramai juga kat sana..

ada motor tergantung lagii..

asalnya nak duduk kat dlm ship tu macam gambar kat bawah.
tapi cam terkurung la pulak..
so kita amik ruang yg terbuka saja.
#Kitajagakita
so far slow juga hari ni punya service..
maybe ramai customer
its ok.. mama faham..

mula2 papa tak puas hati gak..
ajak balik..
tapii.. lepas makanan sampai..
makk aiiii.. dia yg makan bykkk.. hahahahahahahaha
siap puji lagi..
ko dah kenapa pa..
kejap suka.. kejap puji..kejap kucup..kejap kembang..
itu la en PAPA..

tapi memang sedap kat sini..
mesti tryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Tuesday, July 7, 2020

Philea Mines Beach Resort & Happy Birthday Abang

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Dear Abang
Happy Birthday to You.

Selamat Hari Lahir Abang!!
Mama, Papa & Kakak doakan yang terbaek untuk abang dunia akhirat..
Semoga perjalanan abang di muka bumi allah ni senantiasa di dalam perlindungan Allah
Juga Perjalanan di Akhirat nanti
Mama, Papa & Kakak sangat sayang abang!!!

So far papa & mama memang dah rancang nak holiday tempat yg dekat saja..
coz tgh musim covid ni.. tak berani jln jauh..

Birthday Abang betul2 jatuh bila PKP habis..
dah lama berkurung kat rumah..
mama decide nak bawa keluar tido hotel..
tapi tu la.. mama tak inform pun..
sehinggalah hari kejadian.. pun mama tak inform..
just inform nak pergi mines makan2..

baju semua mama dah sorokkan awal2..
kakak & abang tak tahu..
hari tu.. lepas makan tgh hari.. suruh drang siap2..
dann.. bermulaaa la perancangan kami.. hehehe

mula2 abang & kakak hairan kenapa berhenti di lobby hotel ni..
kakak siap tanya.. mama.. jauh la parking sini..
tup2 mama inform.. nak tido sini laaa..
reaksi abang?? haha. cam biasa.."seriouss la mama!! "..
hahaha..seronok mama & Papa dapat surprised kan abang..

bila kat lobby,, mak aii... beratur panjang jugaaaa..
ok.. ni part paling besttt nak citer... so far mama lupa sapa nama staff yang sangattttttt baik tu,,,

So far maybe staff tu nampak kami ada budak.. so dia bagi kami bilik bawah...
katanya dekat dengan kolam.. so senang nak mandi..
baek sungguh hatimu dikkkkk...

dengan bestnya kami pun kebawahhh...
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... bilik tu papa tak sukaa(huhh.. geram lak mama)
katanya tak best langsung.. ngadap pokok2.. tak bestt..  nak tukarr..
mama confiuss.. ni birthday sapa yerkk.. papa ke abang??? adoiii.. stress mamaaa

so.. dengan muka tebal.. gi la mama request kat adik yg baek hati tu utk tukar bilik..
nasib adik yang baek hati tu cakap.. boleh kak.. tapi kena tunggu lama sikit..
nak tak nak kami pun tunggu la lama sikit(hampir 1 jam setengah la jugaaa)

then suddenly tgh duduk..  adik yang baek hati tu datang..
"kak.. sy dah upgrade bilik akak.. harap akak enjoy berada di sini"
perghh.. masa ni rasa nak bagi tip kaw2 kat adik ni.. tapi memandangkan belum masuk bilik yg kononnya sudah di"upgrade" mama cool dulu..

ok.. let see the room

cantik???? Seriouss.. Cantik dikkkkkkkkkkkkkkkkk
thanksss a lot.. make my day and birthday oso daddy for birthday boy happy dan senyum sampai ke pipi....
MEMANG TERBAEKKK. adik ni.
lepas solat.. .. mama keluar nak cari.. adik ni takdok la pulaa. alaaa.. mana la ko dik..
nak ucap terima kasih teramat ni...

ok.. habis la part yg best tu..
opss.. tapi kali ni punya holiday takada sekali ngan breakfast..
soooo... kami ke mines..
dekat jer nak ke mines..
korang boleh google..
apa lagi kat mines shopping apa yg patut.. dinner.. dan beli breakfast utk esok..
sedar2 hari yg cerah bila kuar minesss terus gelapp.. ehh.. dah mlm yerk.. hahaha

sampai hotel.. cam meriah sungguuuh... kenapa ye..
rupanya mereka ada TV Screen yang besar kat depan kolam..
mak aiii.. meriah.. berdesup masuk hotel..sampai terlanggar sliding door la si kakak ni.. excited punya pasal.. (lupa lak nak amik gambar)..
so.. mlm tu layan TV kat bilik dan layan Movie kat beranda hotel... perghhh..kedamaian sungguh..

Nextttt Morning...

Breakfasttt timeee... perghh.. terasa kedamaian betulll..
enjoyy mereka...love you so much sayang!!

nampak tak bilik kat bawah tu.. tu la bilik yg mama cakap dapat mula2 tuh.. senang terus ke kolam.. tapi papa taknakk.. tapi ok juga la.. view dari bilik yg telah diupgrade lagi cantikkkkkkkkkk...

Habis la cerita birthday abang during PKP ni.. alhamdulillah..
terima kasih Philea Mines Beach Resort dan Staff yang telah menceriakan hari jadi abang dan kami yg dah berbulan duduk kat rumah ni..
terasa nikmat nya dapat keluar dan menikmati view yangs sangat cantikk..

so korang.. apa lagii.. mama bagi 5 bintang..
make you day at philea Mines Beach resort.. memang terbaek...

Untuk adik yg dah upgrade bilik akak..
"thank you so muchhhhhhhhhhhhhhhhhh dik"


Friday, June 26, 2020

Mak belated Birthday & father's day di Flora Terrace Hampshire Place

Mama dah lama teringin nak bawa nenek pergi makan kat flora cafe..
dari sehari ke sehari nak bawa..
then.. PKP pula tahun ni..

masa birthday nenek hari tu..hanya dapat celebrate kat rumah..
beli kek & nasi arab.. coz nenek suka makan nasi arab..
bila PKPP mula.. terus rancang nak kesana..

taknak bertangguh lagii..
dan mula la perancangan..
rancangan asal nak bawa nenek ke hotel.. then makan kat flora cafe..
tapi fikir balik.. musim camni.. better kita buat apa yg perlu..

so cancel hotel.. dan makan di flora cafe..
bermulaaa la booking..

kebetullan.. invite la sekali adik mama yg bongsuu
kebtulan pula sama birthday dengan anak saudara mama..
dann.. kebetulan juga jatuh pada father's day..

masa hari kejadiann.. mak & ewan(husband adik bongsu mama) memang tak tahu..
dua2 surprised.. hahaha






so far.. memang mahal..
tapi mama puas..
dapat juga mama bawa nenek ke sini..



 si comeyy sayaaa..
 suka mak mama,....
with adik ipar mama..

tidoo so comell mamaaa.. love you sayanggg

Happy Belated & mother's day Mak !!! Love you so Muchh

Sunday, May 31, 2020

Covid - 19



PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢 Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.. FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020 FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020 FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020 FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB) Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾 📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP 📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid. 📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung. 📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter 📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. 📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai. 📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup. 📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup. 📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan. 📍Taman permainan kanak-kanak ditutup. 📍Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan. 📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal. 📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan 📍Rak-rak di kedai menjadi kosong. 📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE. 📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting. 📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong. 📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. 📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar. 📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah. 📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga. 📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭 Kenapa saya copy paste status ini? Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang. Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain Sentiasa menyokong antara satu sama lain Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️ #CopyNPaste #ForMyReference #StayAtHome #DudukRumah #CoronaVirus #Covid19 #StaySafe #KitaPastiMenang #KitaJagaKita #SocialDistancing Copy & paste dari FB Rahmat Husin